LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

DADAH : Dari Zombie Ke Insan Kamil

“ DADAH : Dari Zombie Ke Insan Kamil “ - Ummu Ahmad Al-Ghozy

Book4Dari Zombie Ke Insan Kamil

ISBN : 9789673715503

Penerbit : Synergy Media

No. Panggilan : HV5840.M34 G46 2013

Siapa pernah menduga, takdir dan perjalanan hidup seseorang? Nasib hidup seseorang tidak semestinya indah mengikut impiannya. Tiada manusia pernah terlepas dari khilaf dan dosa. Hidup seorang bernama manusia, penuh warna-warni, kisah suka dan duka.

Demikianlah yang dipaparkan dalam buku, “Dadah: Dari zombie ke insan kamil”. Sebuah kisah benar tentang seorang insan yang  dibesarkan dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang. Melalui masa kecil dan remajanya dengan pelbagai rencam rasa dan warna.

Namun, tiada laut yang tidak bergelora. Dugaan datang dengan pelbagai cerita. Cita-citanya terkubur begitu sahaja. Perginya kedua ayah dan ibu buat selamanya makin menambah derita. Pemergian keduanya turut  membuka cerita bahawa dia hanya anak angkat keluarga. Dia kecewa. Hampa. Rasa terdera.

Akhirnya kesedihan membawa dia ke lembah durjana. Konon untuk mencari ketenangan dan melupakan kesedihan. Kelab malam mula dijejakinya. Di situ, sejarah hitam hidupnya bermula. Dia mula berjinak dengan rokok.  Kemudiannya, dia disogok dengan dadah. Kesan ketagihan mendera hatinya.  Jiwanya terseksa. Mental dan fizikalnya menggila. Dari menagih, dia mula mengedar.  

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dia tertangkap. Dipenjarakan dan dibebaskan kali pertama tidak membawa apa-apa makna padanya. Dia mengulangi semula perbuatan lama. Namun, langit tidak selalu cerah untuknya. Dia ditangkap dan dipenjarakan buat kali ke dua. Di sebuah daerah lain yang asing baginya.

Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah. Tuhan akan beri kepada siapa yang dikehendaki. Keinsafan timbul menjentik hati. Dia akhirnya berubah dan bertaubat. Hatinya mula dekat dengan al-Quran dan masjid. Cahaya iman mula masuk dan meresap ke dalam jiwa. Dunia gelap mula ditinggalkan tanpa menoleh lagi.

Semoga kisah perjalanan hidup seorang bekas penagih ini menjadi tauladan kepada kita semua.

DADAH : Dari Zombie Ke Insan Kamil - Format PDF

Ringkasan buku Oleh : Pn. Norsaini Abdul Samat, Penolong Pustakawan

 

Video Tutorial

How to Self Check-Out Books

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk