Soal Jawab Diet Diabetes

“Soal Jawab Diet Diabetes” - Juliana Shamsudin

Book5diabetis

ISBN : 9789834618056

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

No. Panggilan : WK818.J85 2014

 “Cegah sebelum parah”. Itulah ungkapan yang selalu kita dengar. Namun, apabila penyakit kencing manis telah hinggap ke tubuh seseorang bukan bererti kehidupan telah berakhir. Gaya hidup sihat dan cara pemakanan perlu diubah untuk memastikan pesakit sentiasa sihat dan mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa. Selain faktor keturunan, cara pemakanan juga menyumbang kepada peningkatan kes penyakit ini. Selain ubat-ubatan, insulin dan senaman, diet yang sihat boleh diamalkan untuk mengawal tahap glukosa dalam darah. Buku ini baik untuk pembaca terutamanya bagi mereka atau ahli keluarga yang menghidap penyakit kencing manis. Penulis menyarankan diet yang sesuai bagi pesakit kencing manis. Adakah gula sahaja yang menyebabkan masalah diabetes?. Jawapannya tidak. Untuk mengetahui dengan lebih jelas, jom kita baca buku ini!

PDF Format: Soal Jawab Diet Diabetes

Ringkasan buku oleh: Noorazli bin Othman, Pembantu Pustakawan

Tags: UMPLib Book Review, Book Review

Print