LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

Mahasiswa Jutawan

“ Mahasiswa Jutawan ” - Lutfi Latif

Book6Mahasiswa

ISBN: 9789673882571

Penerbit: Telaga Biru

No Panggilan: HG179 .L88 2016

Apakah tugas mahasiswa selain belajar?

Tidak dinafikan masih ada mahasiswa yang masih lemah dalam menguruskan kewangan. Walaupun mendapat bantuan kewangan tetapi masih berada dalam kesempitan. Mahasiswa perlu bermula awal untuk merancang kewangan yang lebih baik. Tenaga masih kuat dan umur masih muda. Banyak peluang yang tidak perlu disia-siakan. Melalui buku ini, penulis banyak memberikan teknik menguruskan kewangan, teknik menambahkan pendapatan dan  juga teknik berjimat-cermat. Idea-idea yang dikongsikan bagi menambah pendapatan sampingan amat sesuai dilakukan oleh mahasiswa. Selain menambah pendapatan, mahasiswa juga perlu pandai berjimat-cermat. Kelemahan mahasiswa ialah malu untuk berjimat. Kelemahan inilah yang melambatkan mereka mencapai matlamat kewangan sehingga ada yang terus melupakan matlamat mereka.

Buku ini amat baik dijadikan bacaan buat mahasiswa supaya dapat membuat persediaan awal dalam mengurus kewangan bagi mengelakkan diri daripada dibebani masalah kewangan atau hutang apabila berkerja nanti. Sambil belajar, sambil penuhkan poket.

PDF Format - Mahasiswa Jutawan

Ringkasan buku oleh: Affida Abu Bakar, Pustakawan

Tags: UMPLib Book Review, Book Review

Print

Video Tutorial

How to Self Check-Out Books

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk