LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

KELUARGA BERSENDI TAKWA

“ KELUARGA BERSENDI TAKWA ” - DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI

 Book7Taqwa

ISBN : 9789833423798

Penerbit : Jasmin Enterprise

No. Panggilan : BP134.F25 Q27 2006

 

“KELUARGA BERSENDI TAKWA” yang ditulis oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni ini amatlah baik pada pandangan saya. Reka bentuk, jenis dan warna pada kulit buku   serta judul yang sangat ringkas dan jelas sehinggakan orang awam yang ingin membaca buku ini sudah memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Dari segi identiti buku ini lengkap dengan nama penulis, informasi penerbit dan informasi-informasi lain yang berkaitan juga dipaparkan dengan begitu baik di halaman hadapan dan belakang serta bilangan nota kakinya sebanyak 211. Jumlah halaman yang sesuai untuk memberi pemahaman kepada para pembaca.

Gaya bahasa amat mudah untuk difahami. Penulis berjaya mengolah ayat dengan baik membuatkan pembaca teruja untuk meneruskan pembacaan dari satu ayat ke satu ayat yang lain. Isi kandungan yang disusun dari bab pertama sehingga ke akhir amatlah mantap, terkesan dengan cukup sempurna berkait dengan tajuk yang ingin disampaikan oleh penulis. Sesuai dengan tajuk buku ini yang paling penting menurut saya adalah dari segi penjelasannya yang banyak menggunakan sumber utama. Isinya disokong oleh kepadatan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah bagi menguatkan sesuatu penceritaan. Justeru itu menguatkan lagi keyakinan pembaca bahawa buku ini ditulis untuk dijadikan sebagai panduan dan cara hidup serta memantapkan institusi keluarga berasaskan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah adalah benar.

Walau bagaimanapun kekurangan buku ini kepada saya ialah ianya tidak memuatkan info berkenaan latar belakang penulis.

Terhasilnya buku ini adalah satu rahmat kepada sesiapa yang berkeinginan untuk memulakan kehidupan berumah tangga mahupun yang sudah berumah tangga. Ianya merupakan sebuah buku yang berkandung formula bagaimana mendidik sebuah keluarga berteraskan ajaran Islam berpaksikan prinsip takwa kepada Allah S.W.T. serta mengandungi banyak kata-kata hikmah yang boleh kita teladani.

KELUARGA BERSENDI TAKWA - PDF Format

Ringkasan buku oleh: Zaiful Bahari Baharum, Penolong Pustakawan

Tags: UMPLib Book Review, Book Review

Print

Video Tutorial

How to Self Check-Out Books

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk