LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

Mudahnya Menulis

“ Mudahnya Menulis ” - Umi Kalthum Ngah

Book8Mudah menulis

ISBN : 9789832423195

Penerbit : Iman Publications

No. Panggilan : PN151 .U45 2014

Menulis. Dengarnya seperti mudah. Tetapi, hendak mulakannya boleh makan tahun!

Namun, selesai membaca buku ini pasti kita rasa tiadalah susah mana. Dengan teknik penulisan yang betul, semuanya jadi mudah dan pantas sehingga mampu menulis empat atau lima karya serentak. Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan kepada mereka yang ingin mendalami ilmu penulisan dan penceritaan. Penulis banyak berkongsi teknik penulisan yang menarik seperti “Kaedah Kawakita Jiro’ atau Kaedah KJ. Melalui kaedah ini, seorang penulis dapat menulis dengan pantas, dapat menulis 4 hingga 5 karya serentak, dapat menulis mengikut mood sendiri, dapat siapkan satu bahagian on time. Yang hebatnya selepas mengaplikasikan kaedah KJ ini, penulis mampu menyiapkan 15 buah buku dalam masa setahun. Rupanya, inilah rahsia penulis selama ini ya?

Hasil tulisan penulis buku ini juga mampu menaikkan semangat untuk terus menulis. Yang penting sebelum menulis perlu dengan niat untuk mendidik hati pembaca kita nanti dan hasil tulisan tersebut dapat terus masuk ke dalam hati sanubari sesiapa yang membaca hasil tulisan tersebut. Mulakan membaca buku ini, kemudian tulis.  

Mudahnya Menulis - PDF Format

Ringkasan buku oleh: Affida Abu Bakar, Pustakawan

Tags: UMPLib Book Review, Book Review

Print

Video Tutorial

How to Self Check-Out Books

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk