LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

RnR Hati

“ RnR Hati ” - Pahrol Mohd Juoi

Book9rnr

Penerbit: Telaga Biru

ISBN: 9789673882342

No Panggilan: BP188.18.Y68 P34 2016

Segalanya bermula dari hati. Jika hati baik, baiklah kita. Buku yang sangat sesuai dibaca oleh semua anak muda, semua jiwa yang masih muda, semua jiwa yang pernah muda dan semua jiwa yang akan muda. Buku ini mengupas 3 topik utama iaitu identiti anak muda, mencari cinta dan perilaku nan indah. Penulis juga berkongsi beberapa kisah menarik yang boleh dijadikan  role model bagi orang muda seperti Ashab al-Ukhdud, Ashab al-Kahfi, kisah Nabi Ibrahim dan lain-lain. Kisah-kisah ini boleh dijadikan rujukan buat orang muda untuk mengharungi kehidupan penuh mencabar. Orang muda semestinya kudrat masih kuat. Masih berupaya menghadapi tentangan. Berani berdepan ujian. Kehidupan masa muda perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Sesekali berehatlah diperhentian. Rawatlah hati serta jiwa untuk terus melangkah demi kejayaan dunia dan akhirat.

Muda bukan sekali tetapi 2 kali. Bagaimana? Bacalah buku ini. Pasti dapat jawapannya.

RnR Hati - PDF Format

Ringkasan buku oleh: Affida Abu Bakar, Pustakawan

Tags: UMPLib Book Review, Book Review

Print

Video Tutorial

How to Self Check-Out Books

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk