LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

ZERO HUTANG Bukan mudah tapi tak mustahil

“ZERO HUTANG Bukan mudah tapi tak mustahil” - Mohd Zulkifli Shafie

Book10 review zero hutang

ISBN: 9789830975481

Penerbit : Galeri Ilmu

No. Panggilan : HG179.Z85 2015

Buku ini sesuai untuk dibaca dan dijadikan rujukan sama ada graduan baharu atau graduan yang telah lama bekerja. Bukan terhad kepada graduan sahaja! Orang awam juga sesuai kerana bahasa yang mudah dan tidak menggunakan istilah ekonomi.

Buku ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Mengurus Simpanan; Motivasi Kewangan; Pengurusan Hutang dan Strategi Kekayaan.

3 kelebihan buku ini  pada pandangan saya adalah:

  1. mengutarakan pelbagai cara dan kaedah untuk menjana pendapatan seperti pelaburan hartanah, pelaburan emas dan pelaburan di Tabung Haji.

  2. menekankan bukan sebanyak mana pendapatan tetapi berapa banyak yang mampu disimpan.

  3. elakkan gaya hidup berhutang dan bebaskan diri dari hutang.

Penulisan sangat menyeluruh dan boleh dijadikan asas dalam mengurus kewangan keluarga. Setiap  cara yang dinyatakan secara ringkas  dan sekiranya pembaca ingin menggunakan cara tersebut perlu bahan bacaan tambahan dan ilmu yang berasingan. Pembaca boleh menggunakan kaedah yang disarankan tetapi mestilah sanggup mengorbankan nafsu membeli belah, nafsu ikut pandangan masyarakat dan nafsu ‘biar  berhutang asal bergaya’.

Hadiahkan buku ini untuk pasangan anda atau pelajar anda. Insha Allah sangat bermanfaat.

ZERO HUTANG Bukan mudah tapi tak mustahil - PDF Format

Ringkasan buku oleh: Siti Aishah Ghani, Pustakawan Kanan

 

 

Tags: UMPLib Book Review, Book Review

Video Tutorial

How to Self Check-Out Books

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk