LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

30 Kg dalam 80 Hari

Book Review:

review2018 1 30kg

‘ 30 Kg dalam 80 Hari ’ - Sufian Sulaiman

ISBN: 9789831249963
Penerbit : Alaf 21
No Panggilan: RM222.2 .S84 2015

‘30kg dalam 80 Hari' merupakan pengalaman sebenar penulis yang juga seorang jurulatih kecergasan dalam membantu seorang gadis yang mahu menurunkan berat badannya yang mana berat asal beliau adalah 82kg dan berjaya turun sehingga 45kg dalam masa 80 hari.

Percaya atau tidak, itulah hasilnya apabila anda menggunakan teknik, kaedah, strategi dan tip yang diberikan dengan betul. Syarat untuk turunkan berat badan yang sempurna, anda mestilah mengamalkan setiap langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di dalam buku ini.

Antara teknik yang dikongsi adalah seperti berikut :-

  • Teknik Aktiviti Kardio (teknik berjalan menggunakan Treadmill, Rowing, Mesin Stepper, Cross Trainer dan Berbasikal)

  • Teknik Latihan Bebanan (Multijoint Exercise and Single Joint Exercise, Upper and Lower Body, Pull and Push Exercise, Superset and Compound)

  • Kaedah Latihan Bebanan (Split Training, Staright Set, Superset, Pyramid Sets dan Circuit (Litar))

Dengan kos yang sangat minimum, sesiapa sahaja boleh melakukannya asalkan tiada perkataan ‘putus asa' dalam kamus kehidupan. Anda pasti berasa berbaloi tatkala melihat hasilnya nanti.

30 Kg dalam 80 Hari - PDF Format

Ringkasan buku Oleh : Pn. Nor Nadia Shahida Zakria, Penolong Pustakawan

 

Tags: Book Review

Video Tutorial

How to Self Check-Out Books

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk