LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

Pesona Didik Anak Cara Sunnah

Book review

review2018 4 Pesona

Pesona Didik Anak Cara Sunnah ’ - Sheikh Musa Ahmad Olga

ISBN: 9789675218163

Penerbit: Pustaka Azhar

No. Panggilan: BP44 .S54 2012

“Pesona didik anak Cara sunnah” yang ditulis oleh Sheikh Musa Ahmad Olga ini amatlah baik pada pandangan saya. Baik dari segi penampilan cover yang ‘simple’ namun lebih mudah dikenali dengan judul yang sangat ringkas dan jelas sehinggakan orang yang ingin membaca buku ini memahamii apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Dari segi identiti buku ini lengkap dengan nama penulis, informasi penerbit dan informasi-informasi lain yang berkaitan juga dipaparkan dengan begitu baik di halaman hadapan dan belakang serta jumlah halaman iaitu sebanyak 227 muka surat yang ada bagi saya sudah mencukupi untuk memberi pemahaman kepada pembaca.

Dari segi gaya bahasa amat mudah untuk difahami oleh saya. Penulis berjaya mengolah ayat dengan baik membuatkan pembaca teruja untuk terus dan terus meneruskan pembacaan dari satu ayat ke satu ayat yang lain. Isi kandungan yang disusun dari bab pertama sehingga ke akhir amatlah mantap, terkesan dengan cukup sempurna berkait dengan tajuk yang ingin disampaikan oleh penulis. Sesuai dengan tajuk buku ini yang paling penting menurut saya adalah dari segi penjelasannya yang banyak menggunakan atau sumber-sumber isinya disokong oleh kepadatan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah bagi menguatkan sesuatu penceritaan. Justeru itu menguatkan lagi keyakinan kepada pembaca bahawa buku ini ditulis untuk dijadikan sebagai panduan bagaimana caranya untuk mendidik anak bermula saat dilahirkan hinggalah ke akhir hayat amatlah bertepatan sekali dengan cabaran kehidupan anak-anak di alaf baru ini.

Terhasilnya buku ini adalah satu rahmat kepada sesiapa yang berkeinginan untuk memantapkan institusi kekeluargaan. Ianya merupakan sebuah buku yang berisi formula bagaimana cara mendidik anak-anak berteraskan ajaran Islam berpaksikan prinsip takwa kepada Allah S.W.T. Disertakan dengan dalil-dalil daripada al-Quran, dikuatkan dengan kisah hadis-hadis dan diperhalusi lagi dengan kisah-kisah para sahabat, tabiin dan ulama terdahulu.

Buku yang tegas dalam membicarakan berkenaan cabaran mendidik anak pada zaman sekarang, tetapi lembut dalam membicarakan cara bagi mengatasi dan mengharungi cabaran itu melalui pendekatan sunnah.

Pesona Didik Anak Cara Sunnah - PDF Format

Ringkasan oleh: Zaiful Bahari Baharum, Penolong Pustakawan

Tags: Book Review

Video Tutorial

How to Self Check-Out Books

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk