LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

Mahasiswa Bukan Robot

Book Review

review2018 3 mahasiswa bukan robot

Mahasiswa Bukan Robot ‘ - Amirul Eqhwan

ISBN: 978-967-14048-8-1
Penerbit: Sentap Press Sdn. Bhd.
No.Panggilan: LA1238.7 .A45 2016

Kehidupan mahasiswa hanya sekali! Hargai dan lalui dengan penuh makna.

Buku ini merupakan buku motivasi dan inspirasi mahasiswa. Penulisan santai oleh penulis sesuai dibaca oleh pembaca sasaran (mahasiswa). Kisah yang diceritakan juga adalah kisah realiti yang turut dirasai dan dilalui oleh pembaca yang pernah bergelar mahasiswa. Segala isu, permasalahan, solusi yang dikongsi merupakan pengalaman berharga yang pernah dilalui sendiri oleh penulis. Belajarlah dari pengalaman orang lain, pasti kita tidak rugi.

Beberapa perkongsian menarik oleh penulis yang boleh dipraktikkan oleh mahasiswa:

1. Sebelum menjejakkan kaki ke universiti, setiap mahasiswa perlu menulis dengan jelas dan terang senarai matlamat yang ingin dicapai selain daripada kecemerlangan akademik. Antaranya adalah mengasah bakat kepimpinan, kemahiran insaniah, serta kemahiran berorganisasi.
2. Menguasai pelbagai bidang ilmu. Bukan hanya menguasai satu bidang sahaja tetapi berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu supaya lebih berdaya saing.
3. Jaga kualiti masa 24 jam. Semua orang diberi masa 24 jam. Bezanya ialah siapa yang berjaya mengurus masa dengan baik. Masa diukur bukan dari sudut kuantiti tetapi diukur dari sudut kualiti. Hargailah masa dan cintai ilmu. Guna masa yang ada untuk tambah ilmu. Rajin-rajinlah ke majlis ilmu.
4. Bina rangkaian perhubungan (network) di universiti. Universiti merupakan tempat membina network yang dapat dimanfaatkan. Bila memasuki alam pekerjaan kita akan tersedar betapa pentingnya network semasa di universiti.
5. Jadi mahasiswa yang bijak menjana pendapatan. Belajar berdikari dengan menjana kewangan sendiri. Bukanlah bekerja sehingga mengganggu pembelajaran. Tetapi memanfaatkan potensi diri untuk menjana kewangan.

Itulah beberapa saranan menarik yang terkandung di dalam buku ini. Ambil yang baik sebagai panduan dan semoga tujuan akhir penulisan buku ini supaya mahasiswa mengetahui satu-satunya cara untuk menjadi mahasiswa yang hebat ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan akan tercapai.

Mahasiswa Bukan Robot - PDF Format

Ringkasan buku oleh: Affida Abu Bakar, Pustakawan kanan

Tags: UMP Library, UMPLib Book Review, Book Review

Video Tutorial

How to Self Check-Out Books

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk