29 Jan2019
Projek Hafal Hadis
Book review:
‘ Projek Hafal Hadis ’ - Mohd Solleh Ab. Razak
ISBN : 9789673882748
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
No.Panggilan : BP135.A1 S65 2017
Projek Hafal Hadis merupakan sebuah buku yang mengajak pembaca mendekati hadis-hadis kalam Rasulullah SAW. Buku ini juga mampu menyuntik minat pembaca untuk menghafal hadis dengan mudah mengikut tips yang dikongsi. Bagi memudahkan pembaca mempraktikkan hafalan hadis juga, penulis telah menyusun buku ini dengan baik sekali iaitu dengan menyusun dan mengumpulkan hadis yang ringkas dahulu agar mudah dihafal. Sebagai contoh dimulakan dengan hadis yang hanya ada tiga perkataan iaitu hadis pertama SEMUA KEBAIKAN IALAH SEDEKAH sehinggalah hadis yang ke seratus lebih panjang.
Bagi memudahkan hafalan juga, penulis telah membahagikan ayat-ayat hadis kepada beberapa potongan dan dimasukkan ke dalam kotak secara tersusun. Penulis juga berkongsi 14 tips mudah menghafal hadis iaitu:
-
Pelihara niat agar terus ikhlas
-
Mulakan dengan Al-Quran
-
Menjauhi perbuatan yang haram dan perkara larangan
-
Beramal dengan kandungan hadis yang dihafal
-
Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal
-
Rebutlah zaman kanak-kanak dan muda
-
Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
-
Menghafal dengan suara yang kuat
-
Kurangkan kadar hafalan harian
-
Perhatikan dengan betul-betul
-
Perbanyakan ulangan ketika menghafal
-
Perbanyakan murajaah selepas berjaya menghafal
-
Perbincangan bersama rakan
-
Salin semula
Secara keseluruhannya, buku ini amat membantu buat mereka yang ingin meningkatkan ilmu hafal hadis. Pendekatan yang sistematik ini mampu membantu masyarakat memulakan hafal hadis dengan mudah dan lancar.
Ringkasan buku Oleh : Pn. Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan
Tags: UMPLib Book Review, Book Review