LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

    • GAMBANG
      1
    • GAMBANG
      2
    • GAMBANG
      3
    • GAMBANG4
    • GAMBANG
      5
    • GAMBANG6
    • GAMBANG
      7
    • GAMBANG8
    • GAMBANG9
    • GAMBANG10
    • PEKAN
       0000113877
    • PEKAN
      0000113901
    • PEKAN
      0000114129
    • PEKAN
      0000114138
    • PEKAN
      0000114136
    • PEKAN
      0000114169
    • PEKAN
      0000114178
    • PEKAN
      0000114180
    • PEKAN0000114398
    • PEKAN
      0000115715


    • OpenPkn


    • OpenGam

Program PGS manfaatkan barangan terpakai

Program PGS manfaatkan barangan terpakai

Pada 25 Mei 2016, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menganjurkan program Prelove, Give and Sale (PGS) bertempat di Perpustakaan UMP Pekan. Program yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 25-27 Mei 2016 telah dijalankan oleh para pelajar latihan industri dengan kerjasama Jawatankuasa Amalan 5S Perpustakaan Pekan.

13256406 1013194072091170 1718837160395851683 n  IMG 7024

Program ini diadakan untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan guna semula barangan bagi menyokong kempen persekitaran hijau kampus. Selain itu, program ini dapat memberi ruang dan peluang kepada warga UMP untuk menderma atau menjualkan barangan terpakai mereka di PGS. Barangan yang diterima secara percuma atau untuk dijual akan diletakkan di lobi perpustakaan dan disediakan kaunter untuk pembayaran. Sepanjang program ini juga beg plastik tidak disediakan.

IMG 7106  IMG 7026

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik kerana berjaya mengumpulkan pelbagai kategori barangan terpakai terdiri dari pakaian kanak-kanak dan dewasa, kasut kanak-kanak, kelengkapan dapur, aksesori wanita, alat tulis, novel dan buku cerita kanak-kanak. Seramai 19 orang warga UMP yang terdiri daripada staf dan pelajar telah menyumbangkan barangan mereka untuk dijual. Lebih 300 helai pakaian diberi secara percuma dan sebanyak RM1,511.00 berjaya dikumpul melalui jualan barangan terpakai.

 

PGS akan kembali lagi pada semester akan datang bagi menggalakkan  guna semula dan bersedekah di kalangan warga UMP. Semoga inisiatif yang telah dilaksanakan sejak tahun 2015 ini akan terus mendapat sambutan warga UMP!

 

“Jom PGS!”

 Di tulis oleh: Pn. Siti Aishah Ghani

 

Video Tutorial

How to Self Check-Out Books

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk