Lawatan Kerja ke Perpustakaan UMT & UniSZA
Lawatan Kerja ke Perpustakaan UMT & UniSZA
Pada tanggal 2 Jun 2016, seramai 25 orang staf perpustakaan UMP telah mengikuti lawatan ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu dan Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu.
Lawatan ini melibatkan staf dari Perpustakaan Kampus Pekan & Gambang yang terdiri daripada 4 orang pustakawan, seorang penolong pustakawan, 2 orang juruteknik komputer dan selebihnya adalah pembantu perpustakaan . Delegasi ini diketuai oleh Puan Siti Aishah Ghani dari Unit Pengurusan Kualiti & Latihan (UPKL).
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu
Bas bertolak pada awal pagi dari Perpustakaan UMP Pekan dan destinasi pertama adalah ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT dan seterus ke perpustakaan UNISZA pada sebelah petangnya.
Aktiviti lawatan bermula dengan penerangan ringkas tentang perpustakaan masing-masing, lawatan dari unit ke unit, ruang kerja staf, ruang pengguna, dan diakhiri dengan jamuan ringkas serta sesi bergambar.
Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Motif lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan cara pengurusan perpustakaan yang diamalkan oleh kedua-kedua perpustakaan tersebut kepada staf baharu perpustakaan UMP. Disamping itu memberi peluang kepada staf menimba pengalaman mengenali perpustakaan luar dan mewujudkan jaringan kerjasama antara mereka.
Ditulis oleh: Pn. Sufarini Mohd Sudin