LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

  • Home
  • Library News
  • PublisherTalk: Emerald guide to getting published” dedah panduan penerbitan berwasit
    • UMPLib PekanOpen2017 2 latest

    • UMPLib GmbgOpen2017 2

PublisherTalk: Emerald guide to getting published” dedah panduan penerbitan berwasit

 

Gambang 26 April- Program Publisher talk: Emerald Guide to getting published anjuran Perpustakaan telah berjaya diadakan di makmal komputer, Perpustakaan UMP kampus Gambang. Bengkel percuma separuh hari yang pertama kali dianjurkan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar pasca siswazah bagaimana untuk menerbitkan hasil penyelidikan di dalam jurnal berwasit yang berindeks di bawah platform penerbit “Emerald”. Emerald Publishing merupakan satu platform yang menerbitkan jurnal, case study, e-books dalam bidang utama pengurusan dan bisnes. Selain bidang ekonomi, pendidikan, pengangkutan, sosiologi, pemasaran , kejuruteraan dan sains kemanusiaan.

umplib emeraldTalk2

Seramai 35 peserta yang terdiri dari pelajar pasca siswazah dan staf telah menyertai kursus separuh hari ini yang dikendalikan oleh En. Ben S’ng selaku perunding kanan Emerald Publishing Relationship. Pengalaman sebagai perunding penerbitan telah dikongsi bersama peserta sebagai panduan proses belakang tabir penerimaan sesebuah artikel untuk diterbitkan di platform ini.

umplib emeraldTalk1  umplib emeraldTalk3

Sepanjang sesi berlangsung berbagai tips penerbitan telah diberikan bermula dari gaya penulisan, mengenalpasti pengarang bersama, penggunaan katakunci, penyediaan abstrak, pemilihan jurnal yang bersesuaian, jurnal akses terbuka, pengiraan factor impak penerbitan jurnal dan lain-lain aspek berkaitan. Peserta juga didedahkan dengan kaedah untuk mengenalpasti Predatory journal platform yang hanya mementingkan keuntungan berbanding tujuan asal sesuatu penyelidikan itu diterbitkan. Rata-rata peserta yang menyertai amat berpuas hati dengan bengkel ini dan tidak sabar untuk menyertai siri akan datang iaitu Publisher talk: Elsevier Guide to getting published iaitu platform bagi pangkalan data “Science Direct” dan “Scopus”.

Artikel penuh: UMPLibrary-PublisherTalk: Emerald guide to getting published”

 

Disediakan oleh: Pn. Noor Azura Omar, Pustakawan Perpustakaan Kampus Gambang

 

Tags: UMPLib User Education, Emerald Talk

Video Tutorial

How to Self Check-Out Books

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk