LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

  • Home
  • Library News
  • Taklimat UMP Repositori Institusi (UMP IR) di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK)
    • UMPLib PekanOpen2017 2 latest

    • UMPLib GmbgOpen2017 2

Taklimat UMP Repositori Institusi (UMP IR) di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK)

6 Julai 2018 (Jumaat) – Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) sekali lagi telah menjemput Perpustakaan UMP yang dipertanggungjawabkan kepada Unit Pengurusan Ilmu bagi memberi taklimat berkaitan UMP Repositori Institusi (UMP IR) kepada para pensyarah.

Objektif utama, penerangan tersebut adalah  menjawab segala persoalan berkaitan UMP-IR dan juga cara mendeposit bahan ke dalam UMP IR. Penerangan bermula jam 3.30 petang oleh Puan Noorul Farina, Ketua Unit Pengurusan Ilmu & Unit Digital, dibantu oleh Cik Ratna Wilis Haryati, Pembantu Pustakawan Kanan bertempat di Bilik Latihan, PBMSK.  Turut hadir dalam sesi penerangan itu adalah, Dekan PBMSK, Yg Bhg. Profesor Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab danTimbalan Dekan (Penyelidikan & Pembangunan), Profesor Madya Dr. Zuraina Ali.

taklimat UMPIR1  taklimat UMPIR2

Penerangan UMP IR diselangi dengan soalan-soalan daripada para pensyarah. Antaranya adalah berkaitan dengan penggunaan nama pengarang yang mempunyai pelbagai nama samaran, kepentingan mendeposit bahan ke UMP IR, jenis bahan yang perlu dideposit, Afiliasi institusi, pendaftaran pengguna dan perkara lain yang berkaitan.

taklimat UMPIR3  taklimat UMPIR4

Sesi penerangan berakhir  jam 4.30 petang. Pasukan UMP IR mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada PBMSK di atas undangan ini. Pihak Perpustakaan juga sentiasa mengalu-alukan sebarang jemputan daripada fakulti dan pusat yang berkaitan.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Taklimat UMP IR, sila hubungi Pn. Noorul Farina (09-424-5605) atau Cik Ratna Wilis Haryati (09-424-5612).

Taklimat UMP Repositori Institusi (UMP IR)

Disediakan oleh: Pn. Noorul Farina Ariffin, Pustakawan Kanan Perpustakaan Pekan

 

Tags: UMPLib User Education, UMPLib Activity

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk