LATAR BELAKANG

Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) mula diperkenal di UMP pada tahun 2012. Ianya berasaskan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM). AKPM diberikan kepada agensi sektor awam yang telah berjaya menonjolkan kecemerlangan menyeluruh dalam pengurusan organisasi masing-masing serta mampu menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
 
OBJEKTIF

Objektif penganugerahan adalah untuk:
 
a) Memperkasa budaya kerja cemerlang di setiap fakulti dan jabatan UMP;
b) Menghayati amalan terbaik dan strategi pengurusan cemerlang;
c) Menggalak persaingan sihat antara fakulti dan jabatan bagi menilai tahap kecemerlangan masing-masing dan melaksanakan penambahbaikan berterusan;
d) Memberi manfaat kepada fakulti dan jabatan menilai tahap kecemerlangan masing-masing dan melaksanakan penambahbaikan berterusan; dan
e) Memberi pengiktirafan kepada fakulti dan jabatan yang menunjukkan inisiatif dan pencapaian cemerlang dalam semua aspek pengurusan bertunjangkan kepimpinan yang unggul.


KATEGORI ANUGERAH AKNC
 
Hanya mempunyai satu anugerah sahaja. Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf jabatan yang berjaya membudayakan kualiti secara menyeluruh.


Library Achievement

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC)
  • 2020: ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Penerima Anugerah)
  • 2018: Anugerah Kualiti Naib Canselor (Merit)