400 naskah buku disumbangkan ke Perpustakaan

400 naskah buku disumbangkan ke Perpustakaan

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menerima sumbangan buku daripada Datuk Dr Sheikh Ghazali Sheikh Abod sebanyak 400 naskah. Majlis penyerahan tersebut telah berlangsung di rumah beliau di Cyberjaya. Kebanyakan buku yang disumbangkan berkaitan perniagaan dan pengajian Islam.

Datuk Dr Sheikh Ghazali pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi, Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Keusahawanan (CEDAR) yang merupakan anak syarikat SME Bank. Beliau juga bekas pensyarah yang banyak menulis mengenai kewangan Islam. Antara buku karya beliau adalah “An Introduction to Islamic finance”, “Pengurusan perniagaan Islam”, “An Islamic Perspective of stock market: an introduction” dan “An Introduction to Islamic Economic & Finance”.

Beliau memiliki perpustakaan peribadi yang mempunyai lebih dari 4,000 naskah buku berkaitan sains sosial, perniagaan dan Islam. Bahan-bahan Perpustakaan beliau diproses dan dikatalog mengikut piawaian Perpustakaan yang menggunakan sistem Perpustakaan untuk memudahkan pencarian bahan.

Perpustakaan mengalu-alukan sumbangan buku dari semua pihak. Bagi mereka yang berminat untuk menyumbang buku atau bahan bacaan lain kepada Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang boleh menghubungi Puan Azura Binti Omar melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Image
Image
Image
Disediakan oleh:


En. Azman Abdul Rahim
Ketua Pustakawan
Disunting oleh:


Pn. Siti Aishah Ghani
Timb. Ketua Pustakawan

Print   Email