Bengkel Perkhidmatan Mesra Pelanggan membantu kecemerlangan perkhidmatan di Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang - 29 Ogos 2022

Bengkel Perkhidmatan Mesra Pelanggan membantu kecemerlangan perkhidmatan di Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang - 29 Ogos 2022

Unit pengurusan Ilmu telah diberi tanggungjawab dalam menguruskan satu Bengkel Perkhidmatan Mesra Pelanggan pada 29, Isnin dan 30 Ogos 2022, Selasa di Lounge Eksekutif, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Bengkel selama 2 hari itu telah disertai oleh Pustakawan dan Pembantu Pustakawan dari Unit Perkhidmatan Pelanggan (UPP) dan Unit Pendidikan & Penyelidikan (UPeN). Bengkel dengan peserta seramai 26 orang itu dilatih oleh Puan Hajah Siti Salbiah binti Raduan. Beliau adalah jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang perkhidmatan perpustakaan, pengurusan ilmu dan ekonomi.

Ketua Pustakawan, En. Azman Abdul Rahim turut hadir bersama bagi memberi ucapan aluan. Antara yang dinyatakan dalam ucapan beliau adalah, kepentingan menjadi satu pusat perkhidmatan yang berdaya saing dalam norma baharu. Staf perpustakaan perlu menjadi lebih hebat dalam memberi perkhidmatan agar Perpustakaan UMP sentiasa menjadi pilihan utama pengguna.
Image
Image
Image
Image
Antara objektif bengkel ini adalah memberi peluang kepada peserta untuk memahami asas perkhidmatan pelanggan, kepentingan empati dalam memberi perkhidmatan, memahami kepentingan EQ dan SQ, kaedah WSQ, CRM dalam mencapai kecermerlangan perkhidmatan.

Bengkel selama 2 hari itu diakhiri dengan acara penyampaikan hadiah bagi individu and kumpulan proaktif. Hadiah disampaikan oleh Cik Kamariah Gono, Timbalan Ketua Pustakawan. Sebagai tanda kenangan, Cik Hajah Kamariah dan Pn. Hajah Salbiah saling bertukar cenderamata sebelum majlis berakhir.

Semoga bengkel perkhidmatan Mesra Pelanggan ini juga dapat meningkatkan lagi cara dan mutu perkhidmatan barisan hadapan Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang.
Disediakan oleh:


Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa,
Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi
Disunting oleh:


Puan Noorul Farina Ariffin
Pustakawan Kanan

Print   Email