Gotong-Royong Perdana EKSA 2021, Perpustakaan UMP Pekan

Gotong-Royong Perdana EKSA 2021, Perpustakaan UMP Pekan

PEKAN, 18 November 2021 – Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang telah melaksanakan program Gotong-Royong Perdana EKSA yang bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang diketuai oleh Jawatankuasa Promosi dan dibantu oleh semua staf Perpustakaan Pekan.
Image
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan yang berada di dalam Komponen C, EKSA iaitu Tempat Umum bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Antara kawasan yang telah dibersihkan termasuklah, Pantri, Ruang PGS, Bilik Utiliti, Surau, Sudut 3G dan juga stor.

Program Gotong Royong Perdana ini diharapkan dapat menyokong usaha Universiti Malaysia Pahang ke arah Persijilan EKSA dan seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, bersih dan selamat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang lebih baik dan bersistematik selaras dengan piawaian persijilan EKSA
Komitmen dan sokongan berterusan daripada pihak pengurusan dan penglibatan daripada semua warga perpustakaan menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan EKSA di masa akan datang.

-CERIA. BERSIH. SELAMAT-
Disediakan oleh:
Jawatankuasa EKSA, Perpustakaan UMP Pekan

Print   Email