Hasrat Perpustakaan UMP Bangunkan Koleksi Digital Tamadun Pahang Bersama INSPIRE

Hasrat Perpustakaan UMP Bangunkan Koleksi Digital Tamadun Pahang Bersama INSPIRE

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menyatakan hasrat untuk mengadakan pengkongsian bahan rujukan dengan Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE). Perpustakaan sedang membangunkan koleksi digital dan pangkalan data sumber maklumat berkaitan Tamadun Pahang yang boleh diakses di https://tamadunpahang.ump.edu.my/ secara percuma. Masyarakat juga boleh berkongsi sumber sama ada menyerahkan bahan secara fizikal atau memberi maklumat/metadata berkaitan bahan Tamadun Pahang melalui platform atau pangkalan data tersebut.

Hasrat untuk bekerjasama telah disampaikan semasa kunjungan delegasi Perpustakaan ke INSPIRE pada 9 Februari 2022. Kedua-dua belah pihak telah mengenalpasti kerjasama yang boleh diadakan dari segi pengkongsian sumber rujukan seperti manuskrip Islam dan Melayu. Selain kerjasama perkongsian sumber rujukan, kerjasama dari segi penyelidikan dan penganjuran wacana ilmu juga telah dikenal pasti.

Delegasi Perpustakaan diketuai oleh Ketua Pustakawan, Encik Azman Abdul Rahim dan diraikan oleh Pengarah INSPIRE, Prof. Madya Dr. Adel M. Abdulaziz Algeriani. Pengarah INSPIRE telah memberi taklimat berkaitan INSPIRE sebagai sebuah institut penyelidikan tamadun Melayu Islam dan pusat rujukan manuskrip digital. Delegasi juga berkesempatan melawat ruang pameran manuskrip di Perpustakaan Al-Watiqu Billah.

Semoga kunjungan Perpustakaan ke INSPIRE membantu membangunkan Koleksi Digital Tamadun Pahang dengan lebih pantas dan kukuh.
Image
Image
Disediakan oleh:


En. Azman Abdul Rahim
Ketua Pustakawan
Disunting oleh:


Pn. Siti Aishah Ghani
Timb. Ketua Pustakawan

Print   Email