Kunjungan Hormat MPP ke Perpustakaan UMP

Kunjungan Hormat MPP ke Perpustakaan UMP

2 Mac 2021 - Pertemuan yang dirancang antara Perpustakaan dan juga Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) sesi 2020/2021 telah berjalan dengan lancarnya pada 2 Mac 2021 jam 9:30 pagi melalui sesi yang dinamakan “Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2020/2021 Ke Perpustakaan UMP ”.

Perpustakaan diketuai oleh Ketua Pustakawan iaitu Encik Azman Abdul Rahim dan turut hadir bersama Timbalan-timbalan Ketua Pustakawan, pustakawan-pustakawan di Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Pengguna serta pustakawan Bahagian Pentadbiran.

Manakala MPP diwakili seramai sembilan (9) orang dan diketuai oleh Saudara Mohamad Irfan bin Zainuddin MYDP Pembangunan Mahasiswa.

Image
Perbincangan dua hala secara atas talian lebih tertumpu pada perkhidmatan dan kemudahan kepada pelajar terutama selepas pandemik berlaku. Antara perkhidmatan semasa yang ditawarkan adalah:
  • Kelas pendidikan pengguna atas talian
  • Perkhidmatan permohonan bab dalam buku bercetak dan perpustakaan akan imbas serta emel bahan kepada pemohon (eDDS).
  • Akses ke eColLIB di luar kampus melalui ezproxy.
  • Pinjaman bahan e-books melalui eLib
  • Permohonan pinjaman bahan melalui pos kepada pengguna yang tidak berada di sekitar kampus (perkhidmatan akan datang).
  • Bantuan atas talian melalui Live Chat di portal perpustakaan.
  • Pembekuan denda bagi pelajar yang tidak berada di sekitar kampus.
Image
Besar harapan perpustakaan agar dapat mengadakan kerjasama dengan MPP sebagai medium dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih dekat. Selain itu agar MPP dapat menggalakkan para pelajar menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan.

Perbincangan hampir sejam ini merupakan mukadimah ke arah kerjasama yang lebih erat di masa akan datang bagi kecemerlangan pendidikan di UMP. Perpustakaan mendoakan kejayaan MPP dalam memandu mahasiswa ke arah kegemilangan kehidupan di alam kampus.
Disediakan oleh:



Siti Aishah binti Ghani
Timbalan Ketua Pustakawan
Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Pengguna
Perpustakaan UMP