Lawatan Kerja Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan  Keselamatan  Universiti Malaysia Pahang

Lawatan Kerja Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Keselamatan Universiti Malaysia Pahang

PEKAN, 23 Jun 2022- Jawatankuasa EKSA Perpustakaan telah menerima lawatan dari Bahagian Keselamatan, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Rombongan seramai 12 orang itu diketuai oleh Ketua Bahagian Keselamatan, Tuan Ahmad Fauzi Ahmad Bakti

Rombongan tiba pada jam 10.00 pagi dan dibawa ke Bilik Seminar 2 untuk sesi taklimat. Taklimat disampaikan oleh Puan Noorul Farina, Penyelaras Jawatankuasa EKSA; Cik Ratna Wilis Haryati, Ketua Jawatankuasa Latihan; dan Puan Norsaini Abd Samat, auditor EKSA Perpustakaan.

Tuan Ahmad Fauzi terlebih dahulu merakam ucapan terima kasih beliau atas kesudian, Perpustakaan menerima lawatan serta meluangkan masa bagi berkongsi pengalaman dalam pengurusan dan pengamalan EKSA di tempat kerja.

Beliau juga menyatakan bahawa pencapaian Perpustakaan dalam melaksanakan EKSA dianggap sebagai penanda aras bagi Bahagian Keselamatan.
Image
Image
Selesai taklimat, ahli rombongan dibawa melawat ke beberapa bahagian dalam Perpustakaan. Setiap bahagian yang dilawati, mewakili kriteria yang perlu dipatuhi dalam pengauditan EKSA.

Ahli rombongan juga berkesempatan melihat Fail EKSA, Sudut EKSA serta melawat bahagian dan ruang seperti Bilik Mesyuarat, Pantri, Stor Alat Tulis, Ruang Penyimpanan Kunci, Ruang Pejabat, Kaunter Utama, Sudut PGS, Ruang 3G dan beberapa ruang lain.

Selesai lawatan tersebut, satu sesi penerangan disampaikan oleh Puan Norsaini Abd Samat, Auditor EKSA Perpustakaan mengenai kriteria audit. Sesi ini memberi gambaran lebih jelas mengenai cara-cara pengauditan dan keperluan di setiap ruang kerja individu, ruang umum, ruang pejabat dan lain-lain lagi.

Lawatan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Semoga sesi perkongsian dan kerjasama ini dapat diadakan lagi bagi meningkatkan tahap pengamalan EKSA di kedua-dua Jabatan.
Image
Disediakan oleh:


Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa
Pumbantu Pustakawan Tertinggi
Ketua Jawatankuasa Latihan, EKSA
Disunting oleh:


Pn. Siti Aishah Ghani
Timb. Ketua Pustakawan

Print   Email