Lawatan Penilaian Penilai Luar Program Ijazah Sarjana Sains Pengajian Bahasa Berintegrasi Teknologi (MSCTILS)

Lawatan Penilaian Penilai Luar Program Ijazah Sarjana Sains Pengajian Bahasa Berintegrasi Teknologi (MSCTILS)

Pekan, 3 September 2020 - Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Pekan telah menerima Lawatan Penilaian Penilai Luar bagi Program Ijazah Sarjana Sains Pengajian Bahasa Berintegrasi Teknologi (MSCTILS). Lawatan panel penilai ke Perpustakaan adalah bagi melihat sendiri aktiviti yang dilaksanakan oleh perpustakaan dalam menyokong pembelajaran dan penyelidikan terutamanya kepada pelajar program MSCTILS.

Image
Image
Lawatan yang bermula dari pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 10.00 pagi telah dikendalikan oleh Pustakawan Bahagian Perkhidmatan Pengguna iaitu Encik Muhammed Fawwaz Bin Abdul Rasid dan Encik Iswan Akim Bin Ismail. Ahli panel penilai yang telah hadir untuk lawatan audit ini ialah Prof Madya Dr Fariza Binti Mohd Nor dan ditemani oleh dua orang pensyarah Pusat Bahasa Moden. 

Dalam sesi lawatan ini perpustakaan dinilai dari aspek koleksi bercetak, elektronik, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna. Semoga objektif dan kriteria lawatan penilaian ini berjaya dicapai secara keseluruhannya oleh pihak fakulti dan perpustakaan UMP.
Image
Image

Disediakan oleh:

    
En. Muhammed Fawwaz Abdul Rasid dan Pn. Affida Abu Bakar
Seksyen Pendidikan & Penyelidikan

Print   Email