Lawatan perkongsian maklumat IKM Tan Sri Yahaya Ahmad Pekan ke Perpustakaan UMP Pekan

Lawatan perkongsian maklumat IKM Tan Sri Yahaya Ahmad Pekan ke Perpustakaan UMP Pekan

Pekan - 12 Ogos 2022, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menerima kunjungan lawatan dari Intitut Kemahiran MARA Tan Sri Yahaya Ahmad (IKM TSYA). Deligasi seramai sembilan (9) orang terdiri daripada pengajar dan staf perpustakaan. Deligasi disambut oleh pegawai Perpustakaan UMP yang diwakili oleh pustakawan-pustakawan dari Bahagian Perkhidmatan Pengguna serta Bahagian Pengurusan Ilmu dan Digital.

Sesi perkongsian bertempat di Lounge Eksekutif Perpustakaan. Taklimat dimulai oleh Encik Ahmad Nurudin Abdul Nasir, Ketua Unit Perkhidmatan Pengguna menerangkan serba sedikit mengenai Perpustakaan. Seterusnya, sesi perbincangan di antara kedua-dua organisasi ini lebih berfokus kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan UMP kepada pengguna serta perkongsian maklumat berkaitan proses pengurusan bahan. Antara topik yang dibincangkan berkaitan akses dan pinjaman koleksi; proses perolehan bahan; keahlian Perpustakaan; sewaan ruang dan fasiliti; serta program anjuran Perpustakaan UMP.
Image
Deligasi dibawa melawat ke ruang kerja dan juga fasiliti Perpustakaan termasuklah Unit Perolehan & Metadata; Unit Pendidikan & Penyelidikan; dan Unit Media. Puan Hindun binti Ismail selaku penyelaras Perpustakaan IKM TSYA menyatakan rasa minat beliau dan berbesar hati sekiranya mereka dijemput untuk setiap program anjuran Perpustakaan UMP.

Semoga jalinan kerjasama ini membuahkan kolaborasi dinamik di antara kedua-dua organisasi.
Image
Image
Image
Image
Disediakan oleh:


Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan
Unit Sistem & Aplikasi
Disunting oleh:


Pn. Siti Aishah Ghani
Timb. Ketua Pustakawan

Print   Email