Pameran Makanan Negeri Pahang

Pameran Makanan Negeri Pahang

Perpustakaan UMP telah mengadakan Pameran Makanan Negeri Pahang bertempat di Perpustakaan Gambang bermula 25 November 2020. Pengunjung perpustakaan boleh melihat pameran ini di ruang lobi mengikut waktu operasi perpustakaan bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pameran ini dilaksanakan hasil kerjasama staf di Seksyen Pendidikan & Penyelidikan dan Seksyen Perkhidmatan Pelanggan, Perpustakaan UMP.

Image
Image

Pameran ini mengetengahkan kepelbagaian jenis makanan yang terdapat di negeri Pahang mengikut daerah yang mampu memikat selera dan menjadi kegemaran bukan sahaja penduduk di negeri Pahang malah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sebagai contoh, patin tempoyak sangat dikenali di daerah Temerloh, sambal hitam di daerah Lipis, opor daging di daerah Pekan, asam rom di daerah Jerantut dan masakan udang galah yang popular di daerah Rompin.

Kebanyakan nama makanan diambil dari buku yang terdapat di dalam koleksi Perpustakaan UMP iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang : Masakan Tradisional Pahang yang ditulis oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Alhaj. Pengguna yang berminat untuk membaca atau membuat rujukan buku ini boleh juga berkunjung ke Perpustakaan.

Image
Image
Selain mempamerkan 22 jenis makanan di 11 daerah negeri Pahang, pengunjung turut boleh membuat imbasan kod QR di setiap nama makanan untuk melihat video masakan makanan tersebut. Sebelum pameran dijalankan, perpustakaan telah membuat beberapa perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang pameran seperti demo masakan, jualan makanan Pahang dan aktiviti lain untuk pengunjung pameran namun tidak dapat dilaksanakan kerana perlu mengikuti prosedur norma baharu yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, sejajar dengan norma baharu juga pameran ini boleh diakses secara maya di portal perpustakaan melalui link berikut:

Link pameran: Pameran Makanan Negeri Pahang
Image
Image
Melalui penganjuran pameran seumpama ini diharapkan dapat memberi pendedahan maklumat dan mempromosikan keistimewaan negeri Pahang kepada semua pengguna.

Disediakan oleh:



Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Seksyen Pendidikan & Penyelidikan