Pameran sejarah dan tokoh kemerdekaan

Pameran sejarah dan tokoh kemerdekaan

Pameran kemerdekaan anjuran Perpustakaan UMP telah diadakan di ruang lobi utama Bangunan Canseleri Tun Razak (CTAR) sepanjang bulan Ogos sehingga September 2020. Pameran ini dikendalikan oleh Seksyen Pendidikan & Penyelidikan Perpustakaan yang diketuai oleh Encik Muhammed Fawwaz Bin Abdul Rasid dengan Kerjasama Pejabat Naib Canselor dan Pejabat SUARA.

Tujuan pameran ini adalah sebagai salah satu medium penyampaian maklumat kepada pelajar dan warga UMP mengenai sejarah kemerdekaan negara. Sepanjang pameran ini diadakan pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat sejarah penting sebelum negara mencapai kemerdekaan iaitu semasa zaman penjajahan dan usaha yang dilakukan untuk mencapai kemerdekaan tanah Melayu. Selain itu, pengunjung juga dapat mengenali tokoh kemerdekaan yang telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan negara.

Image
Image

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendidik dan melahirkan rasa cinta kepada tanah air terutamanya kepada golongan muda. Diharapkan pameran yang telah diadakan ini dapat memberi manfaat dan maklumat berguna kepada semua pengunjung seterusnya menghargai kemakmuran yang dikecapi oleh negara pada masa kini.>


Disediakan oleh:



En. Muhammed Fawwaz Abdul Rasid dan Pn. Affida Abu Bakar
Seksyen Pendidikan & Penyelidikan