Perpustakaan UMP Bersama Komuniti: KV Temerloh

Perpustakaan UMP Bersama Komuniti: KV Temerloh

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang buat pertama kalinya telah mengadakan Program Perpustakaan Bersama Komuniti KV Temerloh: Program Literasi Maklumat secara maya melalui aplikasi Google Meet pada 10 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Program yang telah dikendalikan oleh staf Seksyen Pendidikan & Penyelidikan ini dianggarkan disertai hampir 40 orang peserta terdiri daripada pensyarah dan pelajar diploma Kolej Vokasional Temerloh.

Program perpustakaan bersama komuniti ini dimulai dengan bacaan doa oleh Pembantu Pustakawan, Encik Muhammad Hanafiah Bin Abd Aziz. Program diteruskan sejurus bacaan doa selesai oleh Pustakawan Kanan, Puan Affida Binti Abu Bakar dengan memberikan sedikit penerangan dan pengenalan kepada perpustakaan. Peserta turut dimaklumkan tujuan serta objektif program ini dilaksanakan iaitu sebagai salah satu inisiatif perpustakaan dalam mendekati komuniti dengan mengadakan program literasi maklumat yang berkaitan dengan institusi pendidikan bidang TVET.
Image
Image
Sepanjang program pustakawan telah berkongsi panduan mengenalpasti dan menentukan keperluan maklumat, mencari maklumat yang diperlukan dengan menggunakan teknik pencarian yang betul., mengetahui kepelbagaian sumber maklumat, menilai sumber maklumat dengan baik dan memahami kepentingan etika penggunaan maklumat. Sebagai tambahan, peserta turut ditunjukkan beberapa  platform pencarian maklumat yang boleh digunakan untuk membuat carian maklumat. Walaupun institusi tidak dapat membuat pembelian atau langganan bahan rujukan, pensyarah dan pelajar masih boleh mendapatkan bahan melalui sumber akses terbuka yang ada. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan lain yang boleh digunakan seperti pinjaman antara perpustakaan.

Selain itu, perpustakaan turut memberikan beberapa cadangan kepada pihak KV Temerloh dalam membantu pengguna membuat carian bahan pada masa akan datang seperti mengenal pasti sumber akses terbuka berkaitan bidan, subjek atau kursus yang ditawarkan di KV Temerloh. Pihak KV Temerloh juga boleh menyenaraikan senarai sumber tersebut di dalam portal mereka serta perlu membuat pemakluman kepada semua pengguna mengenai sumber yang telah disenaraikan.

Sebelum program berakhir, sesi soal jawab dibuka kepada semua peserta. Selepas itu, ucapan penghargaan kepada perpustakaan telah diberikan oleh wakil KV Temerloh iaitu Puan Zahrina Binti Yasin, Pensyarah KV Temerloh juga sebagai Ketua Unit Pusat Sumber. Perpustakaan turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua peserta dari KV Temerloh juga buat Puan Zanilawati binti Awang @ Ibrahim yang turut membantu menjayakan program ini. Program berakhir pada jam 10.30 pagi selepas sesi bergambar. Semoga di akhir sesi ini semua peserta dapat mengenalpasti dan menentukan keperluan maklumat, boleh mencari maklumat yang diperlukan dengan menggunakan teknik pencarian yang betul serta dapat menilai sumber maklumat dengan baik.
Image
Image
Disediakan oleh:


Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Seksyen Pendidikan & Penyelidikan

Print   Email