Sesi Perkongsian Strategi Pencarian Maklumat Bersama Pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan Analitik Data Dengan Kepujian, Pusat Sains Matematik

Sesi Perkongsian Strategi Pencarian Maklumat Bersama Pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan Analitik Data Dengan Kepujian, Pusat Sains Matematik

Perpustakaan telah menerima jemputan daripada Dr. Noryanti Binti Muhammad, pensyarah Pusat Sains Matematik untuk mengadakan perkongsian dengan pelajar beliau bagi subjek Research Methodology (BSD3443). Sesi berlangsung pada 14 April 2022 dengan kehadiran hampir 60 orang pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan Analitik Data Dengan Kepujian (Semester II 2021/2022).

Sesi berlangsung hampir 2 jam bermula jam 10 pagi secara atas talian telah dikendalikan oleh Puan Affida Binti Abu Bakar, Pustakawan Kanan Seksyen Pendidikan & Penyelidikan. Sesi bermula dengan pengenalan kepada bahan rujukan yang boleh pelajar gunakan sebagai sumber utama untuk merujuk. Setiap sumber rujukan mempunyai fungsi yang berbeza.

Sebagai tambahan, peserta turut diterangkan panduan penggunaan sumber rujukan dan kaedah pencarian maklumat menggunakan platform pencarian yang disediakan di perpustakaan. Selain itu, peserta diterangkan dengan teknik strategi pencarian maklumat yang berkesan iaitu bermula dengan memahami tajuk atau topik tugasan. Seterusnya mengenalpasti kata kunci, perkataan sinonim atau frasa lain berkaitan topik.
Image
Image
Mempelajari kaedah pencarian yang berkesan adalah sangat penting bagi memastikan peserta dapat mencari maklumat yang tepat, cepat dan efektif. Formula ini boleh dipraktikkan di platform pencarian seperti pangkalan data disediakan di Perpustakaan, platform akses terbuka dan enjin pencarian. Sesi secara hands on turut dilakukan bersama peserta menggunakan pangkalan data seperti Emerald, IEEE, Science Direct, Springerlink dan Taylor & Francis.

Sebelum sesi berakhir, peserta turut dimaklumkan mengenai etika penggunaan maklumat yang perlu diikuti terutamanya apabila berada dalam bidang akademik. Bahan rujukan yang diperolehi perlulah diberikan petikan dan disenaraikan maklumat sumber asal bahan tersebut sekiranya digunakan sebagai hasil tugasan, penyelidikan atau penulisan. Ianya bagi memastikan tidak berlaku aktiviti plagiat dengan mengambil hasil karya orang lain tanpa memberikan penghargaan kepada sumber asal.
Image
Image
Disediakan oleh:


Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Seksyen Pendidikan & Penyelidikan
Disunting oleh:


Pn. Siti Aishah Ghani
Timb. Ketua Pustakawan

Print   Email