Townhall Bersama Ketua Pustakawan

Townhall Bersama Ketua Pustakawan

Bermula April 2022, Perpustakaan telah diletakkan di bawah Jabatan Pengurusan Pengetahuan & Teknologi Maklumat dan diketuai oleh Ketua Pegawai Maklumat. Penstrukturan ini memberikan nilai tambah kepada fungsi Perpustakaan sedia ada dalam menguruskan Perpustakaan dan juga Universiti. Seiring dengan perubahan ini, Perpustakaan telah mengorak langkah ke hadapan dalam menguruskan organisasi dalam mencapai visi, misi dan objektif.

Buat julung kali Perpustakaan telah mengadakan sesi Townhall Bersama Ketua Pustakawan bersama semua staf. Sesi yang berlangsung selama 1 jam 30 minit ini telah memberi ruang kepada Ketua Pustakawan memberikan maklumat yang padat kepada staf berkenaan dengan perancangan pengurusan Perpustakaan dalam mencapai Pelan Strategik Perpustakaan dan Universiti.
Image
Image
Intipati sesi townhall ini meliputi carta organisasi dan fungsi Jabatan Pengurusan Pengetahuan & Teknologi Maklumat; keterlibatan Perpustakaan di dalam Smart Campus, peranan dan fungsi Perpustakaan; perubahan struktur carta organisasi Perpustakaan; Pelan Strategik Perpustakaan dan Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS).

Fokus utama di dalam sesi ini adalah perubahan struktur carta organisasi Perpustakaan yang melibatkan penjenamaan baharu bahagian dan unit. Perubahan ini dilihat dapat menyokong dan mencapai hasrat pengurusan Universiti ke arah pendigitalan, kampus pintar dan pengurusan pengetahuan.

Pada akhir sesi ini juga diadakan sesi soal jawab bersama staf berkenaan perancangan pengurusan Perpustakaan agar perkongsian maklumat yang disampaikan dapat difahami, dilaksana dan dijayakan bersama-sama. Selaras dengan tema Hari Pustakawan tahun 2022 “Tiada Sesiapa Yang Tertinggal: Perpustakaan Sebagai Agen Perubahan” dapat dihayati oleh semua staf Perpustakaan.
Image
Image
Disediakan oleh:


Pn. Nor Ashikin Ahmad
Pustakawan Kanan
Bahagian Pentadbiran
Disunting oleh:


Pn. Siti Aishah Ghani
Timb. Ketua Pustakawan

Print   Email