LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

The Miracles Of Fruits : Buah-Buahan Terbaik Dalam Sunnah Nabi SAW

Book review:

 UMPLib BookReview2019 3

‘ The Miracles Of Fruits : Buah-Buahan Terbaik Dalam Sunnah Nabi SAW ’- Anisah Solehah Otsman (Editor), Muhammad Ismail, Luqman Ahmad (Penyusunan)

ISBN                 : 9789670932101
Penerbit          : Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
No. Panggilan : BP184.9.D5 M57 2016

Berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis Nabi, dapat kita lihat kebiasaan Rasullullah SAW dan para sahabat menggunakan buah sebagai makanan yang dimakan sehari-hari . Kebiasaan ini bahkan dihubungkan dengan nilai tambah yang terdapat di dalam buah- buahan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan tubuh. Ada beberapa jenis buah yang selalu  disebut di dalam Al-Quran dan al-hadis, di antaranya anggur, delima dan kurma.

Di dalam buku ini juga diterangkan kaedah pengubatan cara Rasulullah s.a.w. melalui makanan dan minuman, terutama sekali buah-buahan. Ia juga menerangkan asal usul buah tersebut serta kandungan gizi dari sudut sains. Terdapat kaedah perubatan lain yang juga diterangkan dalam buku ini berlandaskan sunnah dan hadis.

Secara peribadi, buku ini adalah bahan bacaan yang baik untuk dibaca oleh pembaca yang ingin mengetahui khasiat buah-buahan dengan lebih mendalam. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Sesuai untuk dijadikan bacaan seisi keluarga.

PDF-The Miracles Of Fruits : Buah-Buahan Terbaik Dalam Sunnah Nabi SAWThe Miracles Of Fruits : Buah-Buahan Terbaik Dalam Sunnah Nabi SAW

Ringkasan buku oleh: Nurulaida Abdul Shukor, Pembantu Pustakawan

Tags: UMPLib Book Review

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk