LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

The Definitive Book of Body language (Edisi Kemas Kini)

Book review:

 UMPLib BookReview2019 9

‘ The Definitive Book of Body language (Edisi Kemas Kini) ’ - Allan & Barbara Pease

ISBN                : 9789674811730
Penerbit          : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
No. Panggilan : BF637 .N66 P43 2018 

Buku ini mengupas berkenaan ilmu bahasa badan dan kesan terhadap peggunaan isyarat bahasa badan dalam situasi kehidupan seharian. Buku ini juga dilengkapi dengan penjelasan mudah bagi setiap isyarat dan gaya bahasa badan beserta dengan contoh situasi menarik yang dapat membantu pembaca memahami cabang ilmu ini serta perlaksanaannya.

Senyuman yang terukir di bibir seseorang mungkin sahaja membawa maksud kegembiraan, namun tidak mustahil juga senyuman itu memiliki maksud yang tersirat. Bagaimana pula dengan individu yang bercakap sambil memeluk tubuhnya? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu?

Tahukah pembaca, sebenarnya 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.

Menerusi buku The Definitive Book of Body Language (Edisi Kemas Kini), pembaca berpeluang mempelajari:

  • Memahami asas bahasa badan
  • Keajaiban dalam senyuman dan ketawa
  • Bagaimana tapak tangan dan jabat tangan mampu mengawal seseorang
  • Isyarat lengan
  • Gaya tangan dan ibu jari
  • Isyarat bahasa badan Si Penipu
  • Bagaimana sepasang kaki mendedahkan apa yang minda kita mahu lakukan
  • Isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, dan solekan wajah
  • Magik di sebalik senyuman wanita

Buku ini dapat dijadikan rujukan dan ilmu yang baik kepada semua orang bagi meningkatkan keyakinan dan kemahiran untuk pembaca berhadapan dengan orang sekeliling mahupun orang ramai. Penuh dengan fakta-fakta menarik, diselang-selikan dengan humor serta strategi yang boleh diamalkan, ternyata buku ini bukan sahaja mampu mengukuhkan skil komunikasi pembaca, malah memahami individu lain serta diri sendiri.

PDF-The Definitive Book of Body language (Edisi Kemas Kini)

Ringkasan buku Oleh : Pn. Nurezzatul Akmal Salleh , Pembantu Pustakawan

Tags: UMPLib Book Review

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk