LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

Islam Jihad Sebagai Survival insan

Book review:

 UMPLib BookReview2019 9

‘ Islam Jihad Sebagai Survival insan ’ - Dato’Dr.Haron Din

ISBN                : 9833604285
Penerbit          : Pts Millennia Sdn.Bhd.
No. Panggilan : BP 182.H37 2007 

Buku Islam Jihad Sebagai Survival Insan ini diadaptasi daripada buku manusia dan islam yang di terbitkan pada tahun 1985 yang menekan tentang jihad dalam setiap insan.

Dato’Dr.Haron Din merupakan ikon agama islam di Malaysia.Beliau terkenal sebagai tokoh agama yang memperkenalkan cara rawatan islam di Malaysia melalui organisasi rawatannya,darul syifa.selain itu,beliau juga dikenali sebagai tokoh agama yang prolific dalam bidang penulisan.sehingga ke hari ini,beliau Berjaya menghasilkan puluhan karya dan karya-karya beliau itu masih menjadi rujukan umat islam seluruh Malaysia.

Buku ini juga menjelaskan tentang pengertian islam,tentang dakwah nabi Muhammad,pengertian berjihad,jihad dan rahmat serta hukum dan ganjaran dalam jihad sehingga konsep pertolongan,kemenangan dan syuhada bagi membolehkan pembaca memahami erti jihad pada hari ini.

Penceritaan buku ini disokong dengan dalil-dalil al-Quran serta hadis-hadis bagi menguatkan lagi isi penulisan dalam penceritaan penulis. Gaya penulisan yang diselitkan dengan kisah-kisah kehidupan di zaman dakwah nabi muhammad s.a.w untuk dikongsi bersama pembaca sebagai muhasabah dan tauladan bersama.

Justeru, buku ini amat sesuai di baca dan dihayati makna jihad bagi survival insan di masa kini.

PDF-Islam Jihad Sebagai Survival insan

Ringkasan Buku Oleh :Pn. Norashikin Nordin, Pembantu Pustakawan.

 

Tags: UMPLib Book Review

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk