LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

Kisah Anak Bini

Book review:

 UMPLib BookReview2019 23

‘ Kisah Anak Bini ’ - Hamka Kereta Mayat

ISBN                : 9789671393352
Penerbit          : Buku Pojok
No. Panggilan : HQ503 .H36 2016

Apabila anak semakin membesar, semakin banyak pertanyaan dan pelbagai persoalan yang mereka kemukakan. Jadinya, ibu bapa perlu menjawab setiap persoalan anak-anak mereka dengan jawapan yang boleh diterima akal anak mereka mengikut peringkat umur anak. Banyak cara untuk menyampaikan ilmu pada anak-anak dan ibu bapa kedua-duanya memainkan peranan penting dalam mengajar dan memberi input berguna untuk anak-anak.

Di dalam buku ini, Encik Hamka & isterinya menjawab pertanyaan anak-anak mereka dengan bijak. Walaupun kadang-kadang jawapan yang mereka berikan dalam bentuk gurauan, namun gurauan mereka berisi pengisian yang mudah difahami oleh anak-anak mereka. Sangat seronok baca buku ini kerana banyak isu yang dikupas dalam hal berkaitan menyampaikan ilmu pada anak-anak. Terhibur dengan cara olahan dan penyampaian tuan penulis Encik Hamka yang bersahaja, lucu dan spontan.

PDF-Kisah Anak Bini

Ringkasan Buku Oleh :Pn. Neng Sury Sulaiman, Pembantu Pustakawan

 

Tags: UMPLib Book Review

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk