LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

Keajaiban Organ Tubuh Manusia : Menurut Perspektif Islam & Sains

Book review:

 UMPLib BookReview2019 27

‘ Kisah Para WALI – Episod dari Tazkirah Al-Auliya ’ - Farid Al-Din Attar

ISBN                : 983099340X
Penerbit          : Al Hidayah Publishers
No. Panggilan : BP190.5 .B63 A28 2001

Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah menganugerahkan kepada kita jasad dan tubuh badan yang cantik dan cukup sempurna. Untuk melihat keajaiban penciptaan Allah s.w.t, kita tidak perlu merenung jauh. Hanya dengan merenung kejadian diri kita sudah cukup membuatkan kita merasa takjub dan betapa uniknya penciptaan Allah s.w.t ini. Buku Keajiban Organ Tubuh Manusia: Menurut Perspektif Islam & Sains setebal 258ms tulisan Abu Jaafar Mukmir ini, mengungkai keajaiban organ–organ manusia menurut persepktif sains dengan perbandingan penyataan –penyataan ayat Al –Quran dan Hadis tentang kejadian manusia sejak ratusan malah ribuan tahun sebelumnya.

Buku ini juga cuba menyingkap semula tabir-tabir pemisah antara Islam dan sains khususnya berkenaan teori-teori sains tentang organ–organ manusia. Tidak perlulah kita menjadi seorang ahli/pakar sains untuk melihat keajaiban penciptaan ini. Memadailah dengan kita membaca fakta-fakta sains melalui eksperimen yang telah dilakukan berterusan dan ayat-ayat Al –Quran dan hadis yang telah dibuktikan akan keagungan penciptaan Allah ini.

Penulisan buku yang amat mudah dan senang difahami ini amat sesuai untuk bacaan umum untuk kita lebih meningkatkan keimanan dan mensyukuri akan nikmat besar yang telah Allah berikan. Lihat la pada kesempurnaan penciptaan diri kita, maka jadilah kita hamba Allah yang sentiasa bersyukur.

PDF-Keajaiban Organ Tubuh Manusia : Menurut Perspektif Islam & Sains

Ringkasan Buku Oleh :Pn. Rohana Mat Said, Pembantu Pustakawan Kanan

 

Tags: UMPLib Book Review

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk