LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

Nabi Khidir A.S. Super Misteri

Book review:

 UMPLib BookReview2019 28

‘ Nabi Khidir A.S. Super Misteri ’ - Khalifi Elyas Bahar

ISBN                : 9670267536/9789670267531
Penerbit          : Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd
No. Panggilan : BP137.5 .K5 B34 2012

Nabi Khidir merupakan seorang lelaki soleh yang hidup di zaman Nabi Musa AS. Kisah Khidir telah diceritakan di dalam al-Qur’an sepertimana yang dirakamkan dalam surah al-Kahfi. Nabi Khidir memang tidak sepopular nabi-nabi Allah yang lain. Meskipun begitu, kemunculannya tidak perlu kita ragui lagi kerana tercatat di dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-68. Walaupun hanya sedikit namun itu telah cukup menggambarkan keluasan ilmu yang dimilikinya.

Buku ini mengungkapkan siapakah Nabi Khidir yang selama ini menjadi misteri. Buku ini mengajak kita untuk melakukan refleksi tentang peribadi Nabi Khidir, menyingkap sedikit demi sedikit segala selubung misteri yang menyelimutinya, memecahkan bahagian-bahagian rasa ingin tahu kita, yang tidak kunjung terjawab.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

PDF-Nabi Khidir A.S. Super Misteri

Ringkasan Buku Oleh : En. Shahril Johari, Pembantu Pustakawan

 

Tags: UMPLib Book Review

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk