LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

Hamka Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu

Book review:

 UMPLib BookReview2019 23

‘ Hamka Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu ’ - H. Rusydi Hamka

ISBN                : 9789839422467/9839422464
Penerbit          : Pustaka Dini
No. Panggilan : BP80.H36 H36 2002

Buku ini bukanlah sebuah biografi Buya Hamka yang sarat dengan data, tetapi sekadar kenang-kenangan seorang anak terhadap ayah kandungnya yang baru meninggal. Penulisan gaya bahasa yang bersahaja berjaya membongkar pengkisahan peribadi Prof. Dr. Hamka, di dalam buku ini. Terdapat pula dokumen yang belum pernah tersiar, dan ketahui seperti pengalaman Hamka selama dipenjarakan oleh Presiden Indonesia yang tersohor Sukarno, dan tingkah laku Hamka yang meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Ulama Indonesia, sebelum tamat tempoh jawatannya dan perkara banyak lagi.

Selain menceritakan perkara umum, ilmu agama dan bidang politik, tidak kurang menariknya mengenai kehidupan peribadi Hamka sebagai seorang suami, ayah, datuk dan pakcik serta orang tua daripada suatu keluarga Syeikh yakni Tuan Guru yang berasal dari Minangkabau mempunyai budaya dan adat resam yang tersendiri.

Pengarang juga berjaya mengetengahkan bakat dan kemahiran Hamka membahagikan waktu antara mengarang buku, berkhutbah, memberi ceramah, syarahan dan kuliah subuh, membaca buku dan tilawah Al-Quran serta menerima ramai tetamu yang meminta nasihat darinya. Nasihat mengenai masalah keluarga, urusan peribadi dan lain lagi, sehinggalah orang ramai perlu beratur menunggu giliran, sama seperti hendak berjumpa doktor perubatan di klinik atau hospital. Semuanya dilakukannya penuh ikhlas, tanpa mendapat bayaran, apatah lagi meminta. Niat kerana Allah swt., demi membantu sesama insan atau manusia. Itulah pengabdiannya kepada Allah swt., menerusi kasih sayang kepada sesama ummah. Hal ini, sudah pasti, hal-hal seperti itu adalah sesuatu yang amat bernilai lagi berharga bagi kita untuk mengenali, menatap peribadi dan martabah Prof. Dr. Hamka.

Dengan terbitnya buku ini, dapat menambahkan kesedaran dan pengenalan serta kefahaman kepada generasi baru yang tidak dapat menyaksikan perjuangan dan dakwah Hamka.

Sekian dan selamat membaca, dengan iringan doa, “Ya Allah jadikanlah karya-karya Allayarham sebagai karya yang bermanafaat.

PDF-Hamka Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu

Ringkasan Buku Oleh :En. Mohd Fauzi Mohamed, Pembantu Pustakawan

 

Tags: UMPLib Book Review

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk