LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

Islam, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Anda

Book review:

 UMPLib BookReview2019 23

‘ Islam, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Anda ’ - Rosmidzatul Azila Mat Yamin, Abu Bakar Yang

ISBN                : 9789832636731
Penerbit          : Institut Kefahaman Malaysia (IKIM) dan Tabung Alam Malaysia (WWF)
No. Panggilan : BP190.5 .R67 2012

Sebuah buku diterbitkan dengan matlamat untuk memberi pemahaman dan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung kepentingan alam sekitar serta kepelbagaian spesies yang menghuninya pada setiap satu daripadanya memainkan peranan penting serta tersendiri dalam membantu menyeimbangkan ekosistem dan alam sekitar seluruhnya. Buku ini dihaslkan sebagai rujukan dan panduan kepada umat Islam, khasinya pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada golongan seperti imam, penceramah agama dan pendidik agar dapat disampaikan kepada masyarakat umum dalam usaha memperjuangkan isu-isu alam sekitar serta membantu menangani segala krisis yang melanda alam sekitar dan spesies hidupan liar yang kian diancam kepupusan pada hari ini.

Pengarang memulakan bukunya dengan menerangkan kepentingan dalam pemuliharaan alam sekitar dan spesies hidupan liar sebagaimana yang terkandung dalam ajaran islam, bertepatan dengan konsep penciptaan manusia sebagai khalifah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memakmurkan alam dengan sebaik mungkin sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya”   (Surah Hud, 11:61)

Kesimpulanya buku ini perlu dibaca atau disampaikan initipatinya kepada semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak hingga ke dewasa, kerana buku ini memberi panduan yang berguna dalam menjaga kepentingan kehidupan flora dan fauna yang telah dikupas berlandaskan syariat Islam yang terkandung dalam Al-Quran.

PDF-Islam, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Anda

Ringkasan Buku Oleh :En. Zairi Ibrahim, Pembantu Pustakawan Kanan

 

Tags: UMPLib Book Review

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk