LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

Khalid Memburu Syahid

Book review:

 UMPLib BookReview2019 34

‘ Khalid Memburu Syahid ’ - Abdul Latip Talib

ISBN                : 9789831920565; 9831920562
Penerbit          : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
No. Panggilan : BP88.L38 K43 2007

Buku atau novel sejarah islam yang bertajuk Khalid memburu syahid ini mengisahkan seorang panglima perang Islam Khalid bin al-Walid dari sebelum beliau memeluk Islam sehingga tamat riwayatnya. Beliau seorang pahlawan islam yang sentiasa mengharapkan mati syahid jihad di jalan ALLAH SWT. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan dilatih untuk menjadi seorang pahlawan sejak dari kecil lagi.

Sebelum memeluk islam, Khalid merupakan seorang panglima perang quraisy dan mengetuai tentera quraisy menentang tentera islam di perang uhud. Disebabkan kepintaran dan kehandalan dalam strategi peperangan Tentera islam kalah di perang uhud.Beliau memeluk islam selepas bertemu dan mendengar bacaan AL QURAN daripada RASULULLAH S.A.W di Masjidil Haram.Beliau mula menjadi panglima tentera islam di perang mu'tah selepas syahidnya 3 orang sahabat yang dipertanggungjawabkan oleh RASULULLAH untuk mengetuai peperangan tersebut.

Sepanjang riwayatnya di dalam islam,Khalid mengetuai 50 peperangan bersama tentera islam dan memenangi kesemuanya.Khalid al Walid wafat di usia 58 tahun bersamaan 21 Hijrah ketika tidur walaupun beliau memasang cita-cita untuk syahid di jalan ALLAH S.W.T. Antara kesimpulannya, walaupun permulaan hidup yang jahil dan berada di pihak yang salah namun pengakhiran hidup yang sangat mulia dan diingati dalam sejarah dengan izin ALLAH TAALA. Semangat jihad beliau wajar dicontohi dan disemai dalam jiwa setiap individu yang bergelar islam.

Sesungguhnya kekuatan agama islam itu terletak di jemaahnya dan semangat jihadnya. Akhir kata, novel sejarah islam yang ditulis oleh Abdul Latip Talib ini sangat menarik dan perlu dibaca serta dihayati agar pengetahuan kita tentang sejarah islam akan bertambah lagi.

PDF-Khalid Memburu Syahid

Ringkasan Buku Oleh :En. Mohd Fazaldin Abdul Latif, Pembantu Pustakawan

 

Tags: UMPLib Book Review

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk