LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

Abu Bakar Sahabat Sejati

Book review:

 UMPLib BookReview2019 35

‘ Abu Bakar Sahabat Sejati ’ - Abdul Latip Talib

ISBN                : 9789675136108
Penerbit          : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
No. Panggilan : BP88 .L38 A28 2008 c.2

Penulis, Abdul Latip Talib yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan ini mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre iaitu skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel sejarah Islam ini menceritakan perihal pahlawan Islam Abu Bakar as-Siddiq (570 M – 634 M) yang mendapat gelaran as-Siddiq iaitu yang membenarkan kerana beliau sentiasa membenarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kisah pahit getir yang dilalui Abu Bakar selepas kewafatan Baginda sangat menyentuh hati namun beliau sangat tabah dan sabar dalam memastikan Islam tidak terkubur malah terus berjuang mempertahankan dan menyebarkan Islam. Abu Bakar juga seorang yang bersemangat mengajak orang memeluk agama Islam. Abu Ubaidah al-Jarrah, Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf adalah antara sahabat yang berjaya didakwah oleh Abu Bakar supaya memeluk Islam.

Dengan kesibukannya beribadat, berniaga, berdakwah, membantu fakir miskin, dan berjuang di jalan Allah tidak menjadikannya lalai dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Semoga kisah yang tertulis didalam buku ini menjadi inspirasi dan semangat kepada kita semua dalam memperbaiki kehidupan seharian dengan lebih baik. Buku ini lebih bersifat santai dan mudah difahami. Sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.

PDF-Abu Bakar Sahabat Sejati

Ringkasan Buku Oleh :Pn. Baizlinda Azlin Jasni, Pembantu Pustakawan

 

Tags: UMPLib Book Review

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk