29 Jan2019
Sila Clorox
Book Review:
‘ Sila Clorox ’ – Kama Din
ISBN : 9789678607681
Penerbit : Grup Buku Karangkraf
No. Panggilan : BP188 .K36 2017
Sinonim CLOROX itu digunakan untuk memutihkan pakaian. Menghilang kekotoran yang nyata pada pandangan zahir.
‘Sila Clorox’ merupakan sebuah penulisan yang diharapkan mampu mengetuk pintu hati seseorang yang mahu mencari makna hidup. Setiap bait ayatnya, bertujuan membawa hati kembali kepada Tuhan. Mengenal erti hamba. Memantapkan dan menyucikan jiwa.
Hari ini, banyak jiwa yang dahagakan panduan. Ada hati yang mahukan petunjuk. Ada akal yang semakin hilang arah dan jalan. Maka, semoga dengan hadirnya buku ini, diharapkan setiap ruang yang kosong dalam jiwa itu akan terisi dengan kesedaran bak air memenuhi gelas.
Hati jangan dibiarkan terus hitam. Niat jangan leka hingga terpesong. Iman jangan dibenarkan terus menipis. Tingkatkan amal. Bersih dan cuci hati dengan air mata penyesalan agar kasih dan cinta kita untuk Tuhan akan bersambut dan seterusnya mekar sehingga ke akhir hayat. Semoga segala amalan kita diterima dan mendapat ganjaran dari yang Esa.
Sila Clorox - PDF Format
Ringkasan buku Oleh : Pn. Nor Saini Abd Samat, Pembantu Pustakawan
Tags: UMPLib Book Review, Book Review