29 Jan2019
Gagal Tapi Sukses
Book Review:
‘ Gagal Tapi Sukses ‘ – Mohd Rafi Jalaluddin
ISBN : 9789678604727
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
No.Panggilan : BF637 .S8 R34 2015
Gagal dalam pelajaran bukan bermakna anda gagal dalam kehidupan. Inilah yang penulis ingin sampaikan di dalam buku yang sarat dengan nasihat, motivasi dan peristiwa dari pengalaman benar beliau sendiri dan juga mereka yang telah berjaya. Cara penulisan beliau yang santai dan kadangkala sinis membuatkan pembaca lebih terkesan untuk mengaitkan setiap perkara yang disampaikan dalam kehidupan diri sendiri.
Buku ini juga memaparkan kisah tokoh-tokoh seperti Michael Jordan, Datuk Rosyam Nor, Datuk Yusof Haslam dan Pele, raja bola sepak yang pernah menghadapi kegagalan namun hari ini menjadi orang yang hebat kerana mereka berusaha mengubah nasih dan tidak menyalahkan nasib. Tiada kelulusan yang tinggi pun kita tetap berpeluang menjadi ilmuwan, jutawan hatta hartawan sekali pun. Asalkan perlu berusaha dan percaya pada diri sendiri.
Buku ini diolah dengan cukup baik dan secara peribadi, perlu dibaca oleh golongan muda untuk dijadikan motivasi dan panduan. Kehidupan yang dilalui perlu dipasak pada tiang asas yang kukuh iaitu hubungan dengan Yang Maha Esa. Kehidupan ini diibaratkan sebagai sebuah jambatan yang panjang. Sepanjang mana pun sebuah jambatan itu, ia akan tetap runtuh ke bawah apabila tiang asasnya tiada atau goyah.
Gagal Tapi Sukses - PDF Format
Ringkasan buku oleh: Rosfadilla Mohamad Zainun, Penolong Pustakawan
Tags: UMPLib Book Review, Book Review