Belajar Berucap

Belajar Berucap

Image
Belajar Berucap ’ – Samsudin Wahab

ISBN : 9833376967
Penerbit : PTS Pub. & Distributors
No. Panggilan : PN4121 .S26 2010
Tak pandai berucap? Ingin meningkatkan kemahiran gaya pengucapan? Buku ini dapat membantu memberi panduan serta cara hendak menarik minat penonton untuk mendengar ucapan ataupun isu yang dibahaskan. Persediaan penutup yang baik juga disertakan di dalam buku ini.

Memberikan ucapan adalah lumrah dalam kehidupan setiap individu. Kemahiran berucap amatlah penting tidak kiralah siapa pun individu tersebut. Persediaan yang dibuat sebelum berucap akan memberi kesan kepada kualiti ucapan yang bakal diberikannya.
Ada orang berpendapat kemahiran berucap di khalayak ramai adalah bakat yang diwarisi turun temurun, tetapi sebenarnya tidak. Kemahiran berucap ini dapat dibentuk serta diwujudkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai minat dan kesungguhan untuk menguasainya.

Buku ini memberi gambaran umum berkaitan ucapan selain menyediakan beberapa contoh serta isi kandungan ucapan mengikut beberapa situasi yang didedahkan supaya pengucap dapat memanfaatkan masa ucapan dengan baik.
Image
Ulasan Buku Oleh :
Pn. Wan Nurulhuda Wan Zakaria, Pustakawan

Print   Email