Mengatasi Masalah Remaja Muslim Kini

Mengatasi Masalah Remaja Muslim Kini

'Mengatasi Masalah Remaja Muslim Kini'- Zulpan Nasution

ISBN : 9789839188677
Penerbit: Al-Hidayah Publications
No. Panggilan: BP188.18 .Z85 2009
Tahun diterbitkan : 2009
Mukasurat: 155
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=81094

Pengulas :
Pn. Siti Zulaiha Abdullah, Pembantu Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Abad 21 memberi suatu perubahan kepada peradaban dan budaya hidup remaja muslim masa kini. Ianya serba sedikit membawa kesan terhadap agama akibat daripada ledakan teknologi yang kian canggih mengikut peredaran masa. Akibatnya remaja muslim kita sekarang bukan saja mengabaikan kewajipan asas terhadap agama malah kurang ketahanan untuk menghalang diri dari melakukan gejala mungkar. Di dalam naskah ini terdapat isu-isu yang berkaitan dengan masalah dan dilema yang sedang dihadapi generasi muda kini serta cara dan pendekatan untuk mengatasinya. Sebagai langkah untuk menangani masalah ini semua pihak perlu prihatin terutamanya orang tua yakni ibubapa remaja itu sendiri, guru dan pihak berkuasa.

Buku ini diterbitkan pada tahun 2009. Apa yang ditulis di dalam buku ini, pembaca dapat bandingkan dengan situasi sebenar masa kini. Mungkin yang ditulis 12 tahun, dilalui oleh pembaca hari ini atau telah melaluinya beberapa tahun yang lalu. Ambil ikhtibar dan pengajaran dalam membentuk dan membimbing remaja mendepani dunia tanpa sempadan.

Akhir kata dari saya, kita perlu prihatin terhadap perkembangan emosi dan pergaulan anak-anak remaja masa kini ke arah membentuk sahsiah remaja muslim yang ideal dan berwawasan demi agama, masyarakat dan negara.

Print   Email