LIBRARY - Official Portal

LIBRARY

    • UMPLib PekanOpen2017 2 latest

    • UMPLib GmbgOpen2017 2

1 jam Bersama Al-Quran #MalaysiaNgaji

 

ngaji3  ngaji2  .

Pekan, 29 Jun – Seramai 52 orang staf Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang telah menyertai Program Malaysia Ngaji: Satu Jam Bersama Al-Quran bertempat di Sudut Bicara Ilmu, Perpustakaan Pekan. Bagi pengisian satu jam tersebut perpustakaan telah mengadakan Majlis Khatam Quran peringkat jabatan yang dipimpin oleh Nazri Kamis dan Mohd Fazaldin Abdul Latif.

Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan bagi meraikan Program Tadarus Al-Quran yang diadakan selama 30 minit setiap hari bermula 2-24 Ramadhan 1437 Hijrah. Majlis dimeriahkan lagi dengan pemberian bunga telur dan cenderahati kepada staf perpustakaan. 

Program Malaysia Ngaji: Satu Jam Bersama Al-Quran ini telah diadakan secara serentak pada jam 12.00 tengahari hingga 1.00 tengahari di seluruh Malaysia. Ia merupakan program anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se Malaysia (MPAM).

Selain perpustakaan, Pusat Islam & Pembangunan Insan juga telah meraikan #MalaysiaNgaji dengan pengisian tadabur alquran di masjid UMP Pekan dan Gambang.

ngaji1  ngaji4

 

Full Artikel #MalaysiaNgaji

Disediakan Oleh: Rosfadilla Binti Mohamad Zainun

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk