LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

Lawatan Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan (STIKes) Medan Indonesia ke Perpustakaan UMP Gambang

Pada 28 November 2016 yang lalu, Perpustakaan UMP Gambang telah menerima kunjungan  dari Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan (STIKes) Medan Indonesia. Lawatan ini merupakan kunjungan pertama kali pihak STIKes ke Perpustakaan UMP dan pihak Perpustakaan UMP amat berbesar hati menerima kunjungan tersebut.

UMPLib stikes5

Lawatan ini dimulakan dengan taklimat pengenalan diri daripada pihak Perpustakaan, Pejabat Antarabangsa dan STIKes.  Bagi pihak Perpustakaan, taklimat telah diberikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, En Dzull Zabarrod dan dibantu oleh Pustakawan, Puan Nor Ashikin Ahmad. Manakala En Mohammad Ilzam Jamat telah mewakili pihak Pejabat Antarabangsa sebagai tuan rumah penganjur program. Rombongan dari STIKes adalah seramai 6 orang dan diketuai oleh Tuan Sajadin Biring.

UMPLib stikes1  UMPLib stikes2

Selesai sesi taklimat, program diteruskan dengan sesi lawatan sekitar Perpustakaan. Para pelawat telah dibawa melihat kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam Perpustakaan. Penerangan mengenai koleksi juga diterangkan kerana UMP lebih dikenali dengan teknologi dan kejuruteraan berbanding dengan STIKes yang mempunyai koleksi perubatan dan farmasi. 

UMPLib stikes3  UMPLib stikes4

Sesi soal-jawab juga berlangsung semasa sesi lawatan ini. Banyak input-input baharu dan idea telah dapat dikongsi bersama. Akhir kata, lawatan ini merupakan salah satu langkah yang baik untuk memperkenal dan mempromosikan Perpustakaan UMP di peringkat luar dan diharapkan kedua-dua belah pihak mendapat manfaat yang sebaiknya.

 

UMPLib - LAWATAN SEKOLAH TINGGI ILMU KESEHATAN (STIKes) MEDAN INDONESIA KE PERPUSTAKAAN UMP GAMBANG

 

Disediakan oleh Pn. Nor Ashikin Ahmad, Pustakawan Perpustakaan Kampus Gambang

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk