LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

Tanyalah Ustaz - Syria Berdarah: Apakah Peranan Kita?

Gambang, 10 Februari- Jumaat yang penuh barakah ini telah berlangsung program “Anda Tanya Ustaz Jawab” bertajuk “Syria Berdarah: Apakah peranan kita?”.

Program ini merupakan kali pertama anjuran bersama Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) dan Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi tahun 2017. Penceramah jemputan ialah saudara Amirul Ashraf bin Mat Arif, ketua promosi dan pemasaran Malaysian Life Line for Syria (MLLFS). Ia turut dihadiri Pengarah Pusat PIMPIN iaitu Dr. Mahyuddin bin Ismail. Para peserta terdiri dari warga UMP dan juga institusi pendidikan di sekitar Kuantan dan Gambang.

 

UMPLibrary Tanyalah Ustaz Syria Berdarah

 

Program yang berlangsung selama 3 jam padat diisi dengan perkongsian pengalaman perceramah sebagai wakil badan bukan kerajaan (NGO) MLLFS menyertai misi kemanusiaan di Syria. Program turut diselitkan dengan video yang menyayat hati berkaitan misi yang dijalankan, serangan dan harapan rakyat Syria kepada dunia. Misi bantuan yang diberikan oleh badan bukan kerajaan ini amat murni dengan mesej untuk mengurangkan penderitaan rakyat Syria dan membuktikan sikap ‘cakna’ rakyat Malaysia kepada saudara seagama.

Full Artikel: UMPLibrary-Tanyalah_Ustaz_Syria_Berdarah

 

Disediakan oleh: Pn. Noor Azura Omar, Pustakawan Perpustakaan Kampus Gambang

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk