LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

Pameran Buku 2017 Dan Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan Di Perpustakaan UMP Gambang

Pada 21 - 24 Mac 2017, Perpustakaan UMP telah mengadakan Pameran Buku 2017 bertempat di Kampus Gambang dan Pekan. Pameran ini berkonsepkan 1 pembekal 1 fakulti iaitu setiap fakulti boleh memilih mana-mana buku mengikut pembekal yang telah ditetapkan. Antara pembekal buku yang turut sama di Perpustakaan UMP Gambang adalah Bookline Services, Badan Cemerlang Sdn. Bhd., Heritage Books Sdn. Bhd., Nijuyon Sdn. Bhd., Ray Theme Sdn. Bhd. dan YPIJ Books Sdn. Bhd. Dengan adanya pameran buku ini, para pensyarah dapat membuat pemilihan buku mengikut bidang kursus pengajaran dan mendapatkan senarai buku yang terkini di pasaran dan cadangan buku yang bersesuaian. 

IMG 2980JPG  IMG 2981JPG

Bagi memeriahkan pameran buku ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan. Pada 22 Mac 2017, Hari Bertemu Pelanggan telah diadakan bagi mendekati pengguna Perpustakaan UMP. Semua pengguna boleh bertemu dengan pegawai yang bertugas bertanyakan kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh Perpustakaan UMP, semakan akaun pengguna, pendaftaran keahlian publik dan lain-lain. Disamping itu, wakil Unit Pengurusan Ilmu Perpustakaan juga turut serta bersama-sama memberi penerangan berkenaan dengan UMP – Instituitional Repository (UMP-IR).

IMG 3010JPG IMG 3008JPG

Aktiviti-aktiviti lain seperti Teka Muka Surat Buku, Kuiz dan Komen Terbaik juga diadakan untuk para pengguna perpustakaan. Aktiviti ini amat mendapat sambutan dikalangan pelajar dimana mereka boleh mempelajari teknik pencarian maklumat berkaitan pangkalan data dan Iportal melalui soalan kuiz yang disediakan. Para pemenang akan diberikan hadiah-hadiah tajaan daripada pembekal buku dan Perpustakaan UMP.

IMG 2964JPG

Perpustakaan UMP mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir dan turut serta memeriahkan program pada kali ini.  

- Berita Penuh: UMPLib Pameran 2017 -

Disediakan oleh Pn. Nor Ashikin Ahmad, Pustakawan Perpustakaan Kampus Gambang

Tags: UMPLib Activity, Activity 2017

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk