LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

LAWATAN PUSAT PRAUNIVERSITI SMK ZAINAB (2) KE PERPUSTAKAAN UMP GAMBANG

Perpustakaan UMP Gambang telah menerima kunjungan dari Pusat Prauniversiti  SMK. Zainab (2) pada 24 Julai 2017 yang lalu. Program  Lawatan Sambil Belajar ini telah disertai serama 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Ini merupakan program jelajah pelajar tingkatan 6 ke Perpustakaan Akademik dimana Perpustakaan UMP Gambang telah terpilih sebagai salah satu lokasi yang dilawati.

Lawatan SMK Zainab UMPLib4

Program dimulakan dengan sesi lawatan sekitar perpustakaan dan penerangan berkenaan dengan koleksi, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan juga diberikan oleh Encik Azhar Wahab dan dibantu oleh Puan Nor Ashikin Ahmad, Pustakawan selaku pengiring  guru yang hadir bersama dalam siri lawatan ini. Selain itu, Puan Noor Azura Omar, Pustakawan Kanan turut memberikan taklimat pengenalan berkenaan Perpustakaan UMP Gambang dan Pekan secara lebih menyeluruh. Sesi soal jawab turut diadakan semasa sesi taklimat diberikan.

Lawatan SMK Zainab UMPLib2  Lawatan SMK Zainab UMPLib3

Diharapkan dengan kunjungan ini dapat memberikan pendedahan awal kepada para pelajar yang terlibat dalam meneruskan pengajian diperingkat  yang lebih tinggi umunya disamping menarik minat mereka melanjutkan pengajian di UMP khususnya.

Lawatan SMK Zainab UMPLib1

 

Artikel Penuh : Lawatan_Pusat_PraUniversiti_SMK_Zainab-UMPLib

Disediakan oleh: Pn. Nor Ashikin Ahmad, Pustakawan Perpustakaan Kampus Gambang

Tags: UMPLib Visitor

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk