LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

  • Home
  • Library News
  • Bengkel Perancangan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Perpustakaan UMP
    • UMPLib PekanOpen2017 2 latest

    • UMPLib GmbgOpen2017 2

Bengkel Perancangan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Perpustakaan UMP

01 Februari 2018, Perpustakaan UMP telah mengadakan Bengkel Perancangan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Perpustakaan UMP bertempat di Bilik Seminar 2, Perpustakaan UMP Pekan. Seramai 24 ahli Jawatankuasa EKSA Perpustakaan yang terlibat, terdiri dari staf Perpustakaan UMP Pekan dan Gambang bagi sesi 2018-2019.

UMPLib eksa006edit

Objektif bengkel ini adalah untuk menyediakan carta perbatuan serta perancangan aktiviti bagi setiap jawatankuasa. Justeru itu, diharapkan Jawatankuasa EKSA Perpustakaan yang dilantik sepanjang tempoh 2 tahun ini dapat memberi komitmen sepenuhnya agar pelaksanaan program EKSA berjalan dengan lancar dan jayanya. Selain itu, bengkel ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman berkenaan EKSA kepada ahli baharu yang telah dilantik. Jawatankuasa EKSA Perpustakaan diterajui oleh 2 orang penyelaras iaitu Encik Iswan Akim Ismail (Pekan) dan Puan Nor Ashikin Ahmad (Gambang), dibantu oleh 32 orang staf perpustakaan.

Puan Hajah Siti Aishah Ghani selaku fasilitator bengkel yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit EKSA Universiti berharap jawatankuasa yang dilantik dapat memenuhi objektif pelaksanaan EKSA di UMP. Melalui bengkel ini, diharap setiap jawatankuasa EKSA Perpustakaan dapat merancang dan bekerjasama dalam memantapkan pelaksanaan EKSA di Perpustakaan khususnya dan UMP umumnya.

                       UMPLib EKSA LIB002     UMPLib eksa017

Sesi Taklimat Perancangan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kepada Ahli Jawatankuasa

    UMPLib eksa007   UMPLib eksa010  UMPLib eksa027

Perbincangan Ahli Jawatankuasa EKSA bersama Ketua Bagi Merancang Aktiviti/Projek yang akan dilaksanakan.

 

Artikel penuh: Bengkel Perancangan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Perpustakaan UMP

Disediakan oleh : Cik Nur Hamira Abd Razak, Setiausaha EKSA Perpustakaan Pekan

         

Tags: UMPLib Activity

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk