LIBRARY - Official Portal

LIBRARY
PowerUpYourMind@UMPLib

    • UMPLib PekanOpen2017 2 latest

    • UMPLib GmbgOpen2017 2

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perpustakaan 2018

6 Julai 2018 (Jumaat) - Kelab Perpustakaan UMP dan anjuran bersama Jabatan Perpustakaan UMP telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 22 Syawal 1439H bertempat di Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang, kampus Pekan.  Bertemakan ‘Kampungku’ penganjuran majlis ini  adalah bagi mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sesama warga Perpustakaan UMP disamping menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan.

UMPLib Raya05   UMPLib Raya08

Berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari bermula dengan bacaan doa diikuti ucapan Pengerusi Kelab Perpustakaan dan disusuli dengan ucapan Ketua Pustakawan merangkap penaung Kelab Perpustakaan, Tuan Hj. Ruslan Che Pee.

raya20186  UMPLib Raya10

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diserikan lagi dengan kehadiran jemputan daripada jabatan lain antara dari Jabatan Keselamatan, Pusat Islam & Pembangunan Insan(PIMPIN), Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta (JPPH), Jabatan Bendahari dan lain-lain.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perpustakaan 2018 (PDF) .| Gambar-gambar aktiviti

Disediakan oleh: Pn. Noorul Farina Ariffin, Pustakawan Kanan Perpustakaan Pekan

Tags: UMPLib Activity

Video Tutorial

Tips for New Student

MORE

Address and Contact

Library Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 549 3131 (G) / +609 424 5600 (P)
Fax: +609 549 3132 (G) / +609 424 5666 (P)
Email: umplibrary@ump.edu.my
our location


UMP Helpdesk